Semalam 14/01 cuti Hari Keputeraan Negeri Sembilan. "Cuti tak bermaksud duduk rumah tidur dan berehat je" kata-kata yang dipetik dari encik suami. Al-maklumlah beliau ni bukan jenis suka duduk diam. Ada je aktiviti yang beliau buat untuk memenuhi masa cuti. Jadi apa lagi, jommm...MANCING!!! I
Niat asal kami macam biasa bila kureng modal ni kami akan menuju ke Jeti Pak Long kt area Bagan Lalang tu. Tapi tak sangka ramai pulak orang yang tengah memancing. Kebanyakannya penduduk di situ. Otai beb! Patutla ramai rupa-rupanya kaunter tutup da. Free la bak kata Pak Long "mancing le sampai bangau".
Tapi apakan daya jodoh kami tiada dengan ikan-ikan dekat situ. Disebabkan fenomena El-Nino yang melanda negara kita sekarang ni habis level air laut tu surut lebih kurang 1.5 meter. Waduh gawat ni! Terus terbantut niat kami untuk memancing sambil beriadah tu.
Oleh kerana kami susah nak cuti bersama dan hanya itu je peluang yang ada, encik suami pun kemukakan idea dia yang bergeliga lagi bernas tu. Jom pi Pilah! Apa lagi mancing udang le kome. Barulah kena dengan tajuk. Hahai. Mancing udang ni modal besau. Demi mencapai cita-cita niat murni di hati ini kami redah aje.
Perjalan jauh tak kurasa..Cehwah menyanyi tu sebab happy sangat nak pi mancing. Haha. Alhamdulillah hujan lebat turun juga membasahi bumi yang gersang. Namun kami tak gentar walaupun terpaksa mancing dalam hujan. Dah minat nak buat macam mana beb.
Kalau nak mancing udang ni (specifically udang galah) paling koman pun 5 jam. Kalau setakat 1-2 jam tu mana puas. Tapi disebabkan kami sampai tempat kejadian pun dah dekat nak maghrib, bayar je dulu deposit. Berapa jam kena belakang cerita sebab kalau tak cukup 5 jam baki deposit anda akan dikembalikan.
Episod pencarian mangsa pun bermula. Mari kita tengok siapa yang kena! Tunggu punya tunggu punya tunggu udang tak muncul-muncul. Acah je. Alhamdulillah ada juga rezeki kami hari ini walaupun tak besau mana. Jeles je tengok atok kat sebelah tu dapat udang besau-besau. Tercabar beb.
Eh. Berbalik pada tajuk kita. Mana boleh lupa Raja Udang Kembali tu. Siapa dia dah tentulah encik suami kita ni. Hehehe. Beliau lah yang membawa saya ke dunia memancing ni. Tak sangka dijam-jam terakhir kami nak balik ni naik seekor King seberat150g. Jackpot! Raja Udang kembali. Tersonyum lebar encik suami. Saya pun sama :)
Encik Suami si Raja Udang
Tengok tuh jongkong dia kemain lagi
Mangsa tangkapan kami hehehe
Nota kaki: Jangan risau ye, fasiliti surau dan tandas ada disini. Masakan goreng-goreng pun sodap. Apo laie, moh kite!



